Saturday, July 30, 2011

aHLan yA RamAdHan...

Assalamualaikum...
1 Ogos 2011 bermula lah detik baru bagi semua Muslimin. Setelah 11 bulan kita menikmati hidangan pada waktu siang, sekarang tiba nya masa bagi Maaidah kita rehat pada siang hari dengan tibanya bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadhan...

Sebagai permulaan ini, saya mahu berkongsi dengan semua berkaitan adab-adab berpuasa & solat Tarawih..
1. Menjaga Lidahnya
2. Memelihara mata dan telinga
3. Mengawal perutnya
4. Berusaha menjaga pancaindera dan anggota tubuh badan dari melakukan maksiat... Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);
5. Janganlah membanyakkan tidur pada siang hari dan makan pada malamnya
6. Jauhkan diri dari dorongan nafsu ketika berbuka
7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi
8. Mempraktikkan amalan sunnah
9. Menyediakan makanan kepada orang yang berpuasa....Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat 


Begitu banyak adab-adab bagi menghadapi bulan puasa...harapnya ia akan menjadi Ramadhan yang lebih baik daripada sebelumnya...insya Allah..


Esok adalah harapan
Sekarang adalah pengalaman
Kemarin adalah kenangan yang tak luput dari khilafan.
Mohon maaf lahir dan batin.
Semoga RAMADHAN kali ini lebih baik dari RAMADHAN tahun sebelumnya...AMEEN



"Selamat Bertarawih & Berpuasa kepada Semua"


...Ahlan Wasahlan ya Ramadhan...

3 comments:

  1. Wan Nor: Selamat Berpuasa juga Wan...mlm ni terawih ye

    Wahida: Selamat Berpuase ye dik..:-)

    ReplyDelete